Friday, 28 August 2015

JENIS AIR MINUMAN



JENIS-JENIS AIR UNTUK MINUM

Air Paip

Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.

Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O)
 
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria yang air paip ada. Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.


Air Botol ( Termasuk Air Mineral)

Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.


Air Alkali

Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air alkali yang dihasilkan.



No comments:

Post a Comment